MARI KITA RAMAI2 KASI GEMPAK N UNDI STACY:
1. HITS 1 DUNIA hantar ke 32276
2. undi di ABPBH...guna borang dan sms
moga2 kejayaan sentiasa bersama Stacy..........
Tuesday, December 8, 2009
VOTE FOR STACY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Posted by vee at 7:08 AM 0 comments
Thursday, November 26, 2009
STACY AT URTV 1 - 15 DISEMBER 2009
Posted by vee at 12:45 AM 0 comments
Friday, November 20, 2009
TAHNIAH STACY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Posted by vee at 8:23 AM 0 comments
Wednesday, November 18, 2009
Tuesday, November 17, 2009
SAINGAN PADA LAGU BUKAN PENYANYI

Oleh : Elrafaei Sapi (ahmadelrafaei@hmetro.com.my) dalam Harian Metro (18 November 2009)
- Populariti lagu Pakai Buang nyanyian bekas juara Akademi Fantasia 6, Stracie Angie Anam (Stacy) yang sering disampaikan dalam pelbagai persembahan pentas termasuk kerap dimainkan di radio dipilih antara Top 5 lagu pilihan juri pada saingan separuh akhir kedua Muzik-Muzik yang berlangsung baru-baru ini.
- Stacy, 19, berjaya memberi persembahan mantap ketika program itu bersiaran langsung dari Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor. Biarpun keputusan lagunya itu bukan muktamad untuk melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke- 24 (AJL 24) tetapi ia cukup memberikan berita gembira pada penyanyi yang berasal dari Penampang, Sabah itu untuk mengharap peluang beraksi di peringkat akhir ada.
- Kata Stacy, kejayaan awal lagu itu berdasarkan kekuatan pada lirik dan melodi ciptaan Edry KRU yang turut menyelit loghat Sabah. Akuinya, lagu itu membawa melodi rancak yang menghiburkan ramai pendengar khsususnya kanak-kanak dan remaja.
- "Biarpun ramai yang suka dengan lagu ini, saya sukar untuk jangka sama ada lagu ini berjaya ke AJL24. Pada saya, pemilihan lagu ini untuk layak pada peringkat separuh akhir kedua ini sudah menggembirakan saya."
- "Saya bersyukur sangat jika lagu ini berjaya melangkah ke peringkat akhir nanti. Saya patut berterima kasih pada Edry yang mencipta lagu ini yang membuatkan peminat suka."
- "Saya fikir lagu ini mempunyai kekuatan dari aspek lirik dan melodinya yang senang didengar. JIka berjaya ke AJL24, saya anggap ia sebagai bonus"...katanya.
Cerita lain2........baca Harian metro...ada gambar Stacy besar kt page 20 (yg atas tu..guna gambar simpanan aku sendiri...gambar lain..)
- cerita lain2 bacalah Harian metro...........
Posted by vee at 8:40 PM 0 comments
Penangan artis AF
- SEJAM sebelum pintu Sri Pentas 2 di Plaza Alam Sentral dibuka, kelihatan begitu ramai sekali peminat berbaris panjang di luar studio yang terletak di aras lima kompleks beli-belah di Shah Alam. Mereka menunggu dengan sabar untuk sama-sama memeriahkan acara siaran langsung peringkat separuh akhir kedua Muzik Muzik 24 yang berlangsung pada 13 November lalu. Sebaik saja pintu dibuka, peminat terus memenuhkan setiap ruang yang ada di studio terbabit. Daripada kerusi di depan pentas sehinggalah ke bahagian belakang, segenap sudut diisi penonton. Sekali pandang, jika diukur kepada kedatangan orang ramai, acara malam itu umpama sebuah pertandingan akhir bagi sesuatu program.
- Apatah lagi sebahagiannya datang siap membawa sepanduk penyanyi kegemaran masing-masing. Apabila diamati, kesemua sepanduk yang dibawa memaparkan artis kelahiran program Akademi Fantasi (AF). Penangan kemunculan kelab peminat yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, sebaik saja wujudnya program realiti itu, nampaknya turut memberikan kesan besar kepada kehangatan minggu kedua peringkat separuh akhir Muzik Muzik. Ia memang berbeza pada minggu pertama peringkat yang sama, tidak sampai separuh pun penonton yang hadir menyokong artis kesukaan mereka. Tetapi, apabila saja ada artis AF yang bertanding, peminat setia mereka tidak ketinggalan memeriahkan program. Lebih-lebih lagi apabila hampir 70 peratus penyanyi yang bersaing pada malam berkenaan adalah bekas pelajar rancangan realiti yang popular itu
- Pada malam itu, artis AF yang muncul di pentas ialah Nubhan dengan lagu Seadanya Aku (ciptaan Sharon Paul/lirik Azalea), Aizat dengan Fikirlah (Anas), Akim dengan Bengang (Amir/Sheikh Qalam), Adam dengan Benar-Benar (Edry), Stacy dengan Pakai Buang (Edry), Riz berduet bersama Alyah menyampai lagu Ku Pinjam Satu Bintang (Ajai/Slen) dan Rich bersama kumpulannya, Estranged, dengan lagu Aurora (Estranged). Artis lain yang turut bersaing ialah Jinbara dengan lagu Joget Tak Tau Joget (Anak Jin/Anak Jin & Palut), 6ixth Sense dengan Khatimah Cinta (6ixth Sense), Black dengan Aku Rindu Sayang Kamu (Yuzai) dan Grey Sky Morning dengan Cinta Gila (Sharnizad & Hafizal / Hafizal).
- Langkah TV3 membuka peluang kepada semua artis, tidak kira dari mana munculnya mereka, memberikan kesan positif kepada kesinambungan karier artis baru, termasuk daripada AF. Apatah lagi apabila ramai sudah maklum, kemunculan di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) mampu meletakkan seseorang artis satu anak tangga lebih tinggi dalam dunia seni tanah air. Persembahan yang baik pada acara akhir itu nanti bakal meninggalkan kesan mendalam kepada jutaan peminat serta pemerhati seni, sebagaimana dilakukan Stacy pada edisi sebelum ini.
- Lalu, apakah peluang itu sekali lagi bakal digenggam wanita muda dari Sabah ini apabila lagu nyanyiannya turut melekat dalam senarai Top 5 (lagu dengan markah paling tinggi) pada minggu lalu? Selain Stacy, artis AF lain yang boleh tersenyum apabila sebelah kaki bagai sudah melangkah ke AJL24 ialah Akim, Estranged dan Nubhan. Melengkapkan senarai Top 5 minggu itu ialah juara rancangan Mentor musim ketiga, Black. Stacy tetap tampil bertenaga dalam setiap persembahannya, termasuk ketika bersaing pada separuh akhir. Kelebihannya yang mampu menari dan menyanyi tanpa menampakkan unsur ‘mahu pancit’, pastinya memikat hati juri yang dianggotai Azlan Abu Hassan, Helen Yap, Mohariz Yaakub dan Akadiat Akashah. Begitupun, pujian harus diberikan kepada Nubhan yang memperlihatkan peningkatan tatkala mengalunkan lagu indah ciptaan Sharon Paul, Seadanya Aku. Bermula sederhana, tetapi anak muda dari Negeri Sembilan ini berjaya memukau penonton dengan kemampuannya membina kemuncak lagu sedikit demi sedikit, menerusi penyampaiannya yang dikira baik. Nubhan memberikan keadilan kepada lagu terbabit serta membuktikan dirinya bukan artis mi segera yang hanya berbekalkan rupa ala artis Hong Kong atau Korea semata-mata. Suara serak-serak basahnya berupaya meletakkan lagu berkenaan pada tempatnya yang sesuai.
INFO: Muzik Muzik 24
Minggu ini, lapan lagi lagu akan dipertandingkan pada separuh akhir ketiga. Lagu berkenaan ialah Situasi nyanyian Bunkface, Rindu Terhenti (Tomok), Patri (Jinbara), Masih Jelas (Hafiz), Pergi (Aizat), Bencinta (Faizal Tahir), Cinta Adam Dan Hawa (Misha Omar) dan Ketika Ini (Estranged).
Lagu dan artis mana yang akhirnya bakal berentap pada pentas AJL24 di Stadium Putra Bukit Jalil, 10 Januari nanti, akan diketahui apabila lapan lagu berkenaan selesai dipersembahkan. Separuh akhir ketiga dilangsungkan pada 20 November, jam 10 malam di Sri Pentas 2.
Posted by vee at 3:57 PM 0 comments
Wednesday, November 4, 2009
Stacy& adam - mengegar dunia dalam murai.com
- KUALA LUMPUR, 4 NOV 2009: Bolehkah Stacy dan Adam menggegarkan dunia apabila kedua-dua artis kelahiran Sabah ini digabungkan bersama dalam sebuah lagu duet yang rancak? Inilah cuba dicetuskan KRU terhadap Stacy dan Adam yang sememangnya cukup menonjol dalam membawakan lagu serta tarian yang energetik. Mereka kini telah digabungkan dalam lagu Menggegar Dunia ciptaan Edry Abdul Halim (KRU)yang turut diangkat sebagai lagu tema dalam filem terbaru arahan Afdlin Shauki, Mat Spy.
- Stacy ketika ditemui pada sidang media pelancaran Mat Spy baru-baru ini, mengakui cukup teruja apabila dapat berduet bersama Adam menerusi lagu tersebut."Kebetulan ramai peminat yang selalu tanya, bila kami akan berduet bersama. Sekarang ini, peluang sudah ada. Seronok dapat bekerja dengan Adam sebab kami sama-sama berasal dari Sabah. Nak berkomunikasi pun memang tidak ada masalah. Guna bahasa sendirilah. Satu lagi dia pun satu kepala dengan saya. "Malah, waktu kami buat pembikinan muzik video Menggegar Dunia ini, ia hanya ambil masa 2 hari saja. Sebelum itu memang kami ada buat latihan tetapi ada di antara kareografi itu yang kami hasilkan waktu pembikinan klip video itu dibuat. "Adam buat kareografi itu bersama kumpulan penari lelakinya dan saya pula dengan kumpulan penari perempuan. Bila kami menari sama-sama, macam hendak gaduh pun ada juga. Itu yang rasa seronok tu," kata Stacy yang sentiasa happy go lucky ini.
- Stacy teringin berduet dengan Chaq. Apakah Stacy sendiri berasakan gabungannya dengan Adam menerusi lagu ini telah mencetuskan sesuatu yang gempak serta dahsyat? Mendengar soalan ini, Stacy terus terkekek ketawa. Katanya, sukar untuknya memberikan jawapan terhadap persoalan itu. "Memanglah kalau ikut lirik, gabungan kami ini nampak meletup. Rasa nak ketawa pun ada juga. Tapi, apa yang penting sekali, ia secara tidak langsung memberikan kami semangat yang cukup hebat bila kami membuat persembahan. Mudahan-mudahan ia boleh jadi gempak di kalangan peminat kami," katanya. Begitu pun, ini bukanlah kali pertama Stacy dipadankan dengan seorang artis lain dalam sebuah lagu duet. Sebelum ini, dia pernah digandingkan dengan Ajai untuk sebuah projek lagu persendirian. Kemudian dengan Adam.
- Akan datang, Stacy teringin berduet pula dengan abangnya, Chaq yang tidak lama lagi bakal bergelar artis rakaman setelah bernaung di bawah label Wake The Baby milik komposer dan penyanyi Ajai. "Memang saya teringin sangat nak berduet dengan Chaq. Saya harap akan ada peluang untuk saya berduet dengan dia. Sebabnya dia pun hebat menyanyi dan menari. Malah saya rasa kalau hendak dibandingkan antara kami berdua, bakat Chaq sebenarnya lebih hebat daripada saya lagi. "Bukan itu saja, setiap kali hendak membuat persembahan, saya pasti akan berbincang serta mendapatkan pandangan daripada Chaq. Sebab, idea dia pun bagus juga. Termasuklah bila memperkatakan tentang imej dan cara berpakaian. Dialah yang selalu bantu saya. Sebab dia itu gila berfesyen dan kebetulan pun saya sendiri minat juga tentang fesyen. "Sebab itulah fesyen saya mempunyai banyak konsep. Kadangkala nampak macam rock, kadangkala funky dan kadangkala hip hop. Tapi, asalkan nampak selesa, itulah yang saya akan pakai," kata Stacy lagi.
Posted by vee at 4:15 AM 0 comments
Monday, October 5, 2009
STACY & MILEY
Posted by vee at 4:13 AM 3 comments
Saturday, October 3, 2009
Sunday, September 20, 2009
STacy @ Habeebi Mawi
sapa cakap stacy x leh bawak lagu irama asli....ok stacy bwk lagu raya Aishah tu...sedey dengar..huhu. tgklah link kt bwah......................
Posted by vee at 6:34 PM 2 comments
KEUNIKAN TARIKH HARI NI..20092009
Posted by vee at 12:00 AM 0 comments
Thursday, September 17, 2009
Sunday, September 13, 2009
VOTE STACY AS BEST ASIAN ARTIST
Posted by vee at 7:06 PM 0 comments
Friday, September 11, 2009
53 peratus banduan warga Indonesia
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
Posted by vee at 10:39 PM 0 comments
MELARATNYAAAA ISU TARIAN PENDET
Posted by vee at 10:31 PM 3 comments
Wednesday, September 9, 2009
9.9.09....best number
tODAY IS 9.9.09....(NTAH BILA LAGI JUMPA TARIKH CAM NIH...KENA TUNGGU 2109...masa tu ntah dunia ni ader lagi ke tak)...
Wahhh...baru aku perasan, hari ni tarikh yg amat cantik iaitu 9.9.09...kalau nak jumpa tarikh cam ni lagi kenalah tunggu sampai 2109....wah..bila tuh. Ntah2 masa tu dunia ni pun dah x der... Yang menarik nya tarikh hari ni pon jatuh pada hari ke 20 org berpuasa (19 ramadhan)...kira tinggal 10 hari lagi la kita berpuasa... dan yg bestnya lagi, dalam malam yg ke sepuluh terakhir itulah akan berlaku lailatur qadar... so, moga2 kita dapat keberkatanNya hari ni...puasa dgn sebaiknya. Banyakkan baca Al-Quran, berzikir dan yg penting, jgn tinggal terawih kalau berkesempatan..........RENUNG RENUNGKANLAH, SELAMAT BERAMAL.........
Posted by vee at 2:15 AM 0 comments
Tuesday, September 8, 2009
Mood raya.....Jom layan lagu Raya datang lagi
Posted by vee at 2:45 AM 0 comments
Saturday, September 5, 2009
JENAZAH.....
Posted by vee at 6:45 AM 0 comments
Sunday, August 30, 2009
MERDEKA KAH KITA???
Tap tip tup.... Malaysia dah meraikan kemerdekaan ke 52 tahun ini. ADuhhh...CEPAT sungguh masa berlalu. MERDEKA!!!!!!!! MERDEKA!!!!!!!! MERDEKA!!!!!!!!!! biasalah kalu hari merdeka, org akn berteriak Merdeka!!!!..........TAPI BENARKAH KITA SUDAH MERDEKA????? MERDEKA DRP PEJAJAHAN PEMIKIRAN??? MERDEKA DRP MASALAH KEWANGAN??? MERDEKA DRP APA LAGI?????.................APA MAKNA MERDEKA sebenarnya??? Malas nak jawab...ckp banyak nanti org kata kita berlagak pandai..., x cakap nanti org kata kita x tahu nak menghargai kemerdekaan........jadi bak kata Nabil...Lu Fikirlah sendiri................................selamat menyambut kemerdekaan Malaysia daripada penjajahan tanah oleh Barat yang ke-52.
Posted by vee at 8:34 AM 0 comments
Saturday, August 29, 2009
Nak Wat Entri Pasal Per ekkk????
Posted by vee at 8:26 AM 0 comments



.jpg)








